MAKNA Ikhtilat
Dari segi makna ikhtilath secara bahasa adalah bercampurnya sesuatu dengan sesuatu yang lain (Lihat: Lisanul ‘Arab 9/161-162).
Adapun maknanya secara syar’i iaitu percampurbauran antara laki-laki dan perempuan yang tidak hubungan mahram pada tempat. (Lihat: Al Mufashshal Fî Ahkâmil Mar’ah: 3/421 dan Al Mar’atul Muslimah Baina Ijtihâdil Fuqohâ’ wa Mumârasât Al Muslimin hal. 111)
Ikhtilat terbahagi kepada dua bentuk :
a) ikhtilat ghoiru syar’ie (tak ikut syariat Islam)
b) ikhtilat syar’ie (berlandaskan syariat Islam)
Ikhtilat ghoiru syar’ie :
Percampuran yang boleh menjatuhkan maruah.
Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah, seperti perhubungan antara lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi.
Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam, seperti bergurau senda antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.
Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat yang perlu melibatkan hubungan antara lelaki dan perempuan.
Tidak ikut adab Islam.
Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan.
Ikhtilat syar’ie :
Mempunyai hajat, iaitu ada perkara yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan.
Menjalankan tuntutan dakwah, yakni amar makruf nahi mungkar.
Menghadiri jemputan, contohnya : kenduri kahwin dan lain-lain.
Menunaikan haji dan umrah.
Bermesyuarat atau pembentangan, yakni yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan.
Dan, setiap ikhtilat pula mestilah mematuhi syarat berikut :
Tidak bersentuhan
Menjaga aurat
Menjaga adab bercakap
Mengasingkan tempat (pada tempat-tempat tertentu).
Terdapat batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang telah digariskan dalam Islam. Batas-batas ini harus diikuti dan dan dipatuhi demi menjaga hubungan itu sendiri daripada hukum harus menjadi haram. Antara batas-batas pergaulan yang mesti dijaga ialah :
1. Elakkan berurusan dengan lelaki selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal-hal yang di luar kemampuan wanita seperti dalam hal baiki kereta, baiki laptop dan sebagainya. Disebabkan keterbatasan kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki. Dalam keadaan ini ia diharuskan.
- Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunalah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mel atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, dan bukannya bahasa pasar.
Ikhtilat laki-laki dan wanita memiliki tiga keadaan :
1. Ikhtilath wanita dengan mahramnya dari lelaki, dan ini tidak ada kesamaran tentang bolehnya.
2. Ikhtilath wanita dengan lelaki asing untuk tujuan kerusakan, dan ini tidak ada kesamaran tentang haramnya.
3. Ikhtilath wanita dengan lelaki asing di tempat tempat ilmu, toko toko, perpustakaan perpustakaan, rumah sakit rumah sakit, perayaan perayaan, dan semisal itu, maka ini pada hakikatnya terkadang orang yang bertanya menyangka pada awal perkara bahwa itu tidak membawa kepada fitnah masing masing dari dua jenis dengan lainnya.